Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 3- Asas Kesuburan Tanah)
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 februari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu 3 iaitu Asas Kesuburan Tanah. Asas Kesuburan Tanah menerangkan jenis nutrien yang hadir di dalam tanah, bentuknya, dan ketersediaannya diserap oleh akar tumbuhan. Selain itu, Kesuburan tanah berbeza mengikut sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya. Tanah yang subur mempunyai ciri-ciri berikut iaitu, Ia kaya dengan nutrien penting untuk pemakanan tumbuhan, termasuklah nitrogen, fosforus dan kalium. Ia mengandungi mineral (unsur surih) untuk pemakanan tumbuhan, Ia mengandungi bahan organik tanah yang meningkatkan struktur tanah dan pegangan kelembapan tanah. Modul minggu ini menitikberatkan pada asas kesuburan tanah untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: